Meskipun kerap membawa watak lelaki ‘tak guna’ dan curang dalam sesuatu naskah drama, pelakon Shukri Yahaya berkata dia tidak menganggap ia sebagai klise dan sama.
Ujar Shukri, setiap karakter yang dibawa mempunyai perwatakan dan plot yang berbeza selain diterjemahkan mengikut kehendak penonton.
Namun begitu, dia juga mencabar diri untuk menjayakan karakter lain seperti melakukan aksi lasak kerana mahu dikenali sebagai pelakon versatil.
Sama ada menjadi pasangan romantis, individu curang atau lelaki yang gagah bertarung, setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Saya sentiasa menggalas amanah sebaik mungkin dan bersedia sebelum masuk set, berikan 100 peratus komitmen.
Menyentuh isu peribadi dan rumah tangga, pelakon kacak itu menzahirkan rasa syukur kerana isteri, Tya Adna seorang yang memahami malah tidak pernah masuk campur apabila melibatkan hal tawaran kerja.
Rumah tangga kami dibina berlandaskan kepercayaan, jadi dia faham cara kerja saya selain tahu saya seorang familyman, Habis ‘shooting’ terus balik rumah.
Apabila isteri beri sepenuh kepercayaan, kita pun jangan sia-siakan selain kena jujur. Itulah kunci kebahagiaan.
Perkembangan terkini, Shukri bakal beraksi dalam naskah drama terbaru berjudul Curang Tanpa Niat bersama pelakon hebat yang lain seperti Mira Filzah dan Sharifah Sakinah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.