Baru semalam kami menulis tentang khabar angin keretakan rumah tangga Engku Emran dan Erra Fazira, akhirnya tuan punya diri sudah pun bersuara. Kepada semua peminat Erra dan Engku Emran, tak perlu risau kerana rumah tangga mereka berdua aman damai. Bak kata  Erra:-
[note]Rumah tangga saya aman damai dan kami tidak pernah menghadiri kaunseling dengan jabatan agama. Saya selalu berkepit dengan suami pun orang tak suka tengok. Apabila sekarang jarang muncul berdua, dikatakan rumah tangga kami bermasalah pula. Susahnya hendak puaskan hati semua orang.[/note]
Dan sebenarnya Engku Emran ada datang untuk melihat lakonan Erra semasa Teater Tun Mahathir. Engku Emran datang hanya sekali sahaja. Mungkin masa itu para wartawan tak terperasan kemunculan Engku Emran. Mungkin sebab itu terus ada yang membuat kesimpulan Engku Emran tak datang langsung menonton persembahan Erra:-
[note]Selama 11 hari teater muzikal itu dipentaskan, Emran ada datang sekali. Cukuplah sekali dia datang kerana kalau dia datang banyak kali, banyak pula yang akan dikomennya mengenai lakonan saya. Lagipun, dia perlu temankan Aleesya (anak) kerana sepanjang tempoh pementasan itu, setiap malam saya tiada di rumah. Waktu latihan pun saya sibuk, selepas Aidilfitri terus sambung latihan teater itu.[/note]
Sebenarnya inilah harga yang perlu dibayar apabila kita bergelar selebriti. Setiap langkah dan tingkah laku diperhatikan. Apa pun kami respek dengan Erra yang terus menceritakan perkara sebenar. So harap-harap lepas ini tak ada spekulasi lagi. Sama-samalah kita doakan agar pasangan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
P.S: Rahsia kemenangan Kelantan dalam Piala Malaysia terbongkar!!!