Pasangan Isma AF 7 bersama suaminya, Zul 2by2 antara yang mendapat pujian ramai kerana rumah tangga mereka yang kelihatan bahagia. Untuk pengetahuan anda, Isma juga kakak kepada penyanyi Tomok berkahwin dengan Zul pada usia yang agak muda iaitu 19 tahun.
Namun, sejak beberapa hari lepas, ada yang mengatakan pasangan ini sedang menghadapi masalah. Semuanya bermula apabila Isma menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto bertudung yang dipercayai netizen seakan hendak ke Mahkamah Syariah dengan kapsyen penuh tanda tanya.
Selepas itu Isma turut memuat naik foto menggambarkan hatinya sudah hancur dengan perbuatan orang tersayang.
Menguatkan lagi dakwaan tersebut, Zul beberapa bulan lalu ada menyatakan sesuatu tentang tekanan perasaan.
Adakah muat naik Isma dan Zul berkaitan dengan masalah rumah tangga mereka? . Kami harap pasangan ini kekal tabah dengan setiap dugaan mahupun masalah yang dihadapi, sudah hampir 20 tahun mereka berkahwin dan kami tahu ramai peminat juga mahu mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat mereka.