Rumah Tangga Hanez Suraya Didakwa Goyah Lagi?

Hiburan

Rumah Tangga Hanez Suraya Didakwa Goyah Lagi?

Entah kenapa pelakon Hanez Suraya seakan tidak dapat lekang dengan gosip mengatakan rumah tangga yang dibina bersama Romie Razin sedang mempunyai masalah.

Advertisement

Kali ini isu tersebut mula diperkatakan kembali gara-gara Hanez mula aktif berniaga dan menikmati percutian bersama rakan baiknya tanpa ditemani suami tercinta. Apa komen Hanez mengenai khabar angin ini?

Semua itu hanya andaian sesetengah orang. Bagi saya, mereka memang boleh terus berteka-teki dan mulut masing-masing tentu saja bukan mudah untuk ditutup. Dakwaan kononnya rumah tangga kami goyah tidak betul. Malah, pada 14 Mac lalu, saya dan suami menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan kami.

Sebelum ini pun saya ada menjalankan perniagaan tudung dan koleksi pakaian sedia untuk pakai. Ketika itu, tiada pula isu saya berniaga sebab rumah tangga berantakan.

Jelas Hanez, sebab beliau aktif dalam bidang perniagaan adalah kerana ingin mempunyai pendapatan sendiri. Buat Hanez semua wanita harus begitu bagi memenuhi apa yang dihajati dan pada masa yang sama membantu ibu bapa serta keluarga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...