Beberapa hari yang lalu, status rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin menjadi perhatian ramai susulan kedua-duanya saling ‘unfollow’ di platform Instagram.
Akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan tersebut, penyanyi, Zizi Kirana menafikan bahawa rumah tangga bersama suami sedang goyah.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah turut berterima kasih kepada orang ramai kerana mengambil berat tentang dirinya dan Yusuf.
Alhamdulillah okay saja. Doakan baik-baik ya. Terima kasih sebab prihatin dengan saya. Sayang semua.
Sekadar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2021 selepas berkenalan ketika rakaman untuk sebuah program hiburan.