Penyanyi dan personaliti, Kaka Azraff tampil memberi kenyataan pertama selepas muncul desas-desus bahawa rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff, dikatakan kembali bergolak.
Ketika ditemubual pada majlis pelancaran Galeri Rockqueen malam tadi, Kaka menegaskan bahawa beliau tidak cuba mengelak dari memberi penjelasan, sebaliknya ingin memastikan segala isu difahami terlebih dahulu sebelum diluahkan kepada umum.
Sejujurnya, bukan niat saya untuk mengelak, saya pun menghormati rakan media dan netizen yang ingin tahu tentang hal rumah tangga saya.
Namun begitu, sekarang ini untuk saya beri kenyataan, benda pun tidak ada yang nyata lagi jadi saya tak mahu bercakap lebih lanjut.
Kaka memohon agar semua pihak memberi ruang dan harapan baik untuk keluarganya, termasuk tiga anak mereka dengan Adam, dalam menghadapi apa jua perkembangan emosi atau sosial.
Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya mohon doa daripada semua. Doakan yang terbaik untuk saya, anak-anak dan Adam.
Kaka menjelaskan bahawa sebarang peralatan dan kenyataan yang dibuat agak perlahan sebab ia melibatkan emosi bukan cuma dirinya, tetapi juga anak-anak yang masih kecil.
Menurut Kaka, beliau bersedia untuk membuka cerita kepada umum apabila terdapat kepastian berkaitan status keluarganya, bagi mengelakkan maklumat yang boleh mencetuskan spekulasi dan impak negatif terhadapnyadan anak-anak.
Saya rasa kalau saya buka cerita ini boleh mendatangkan fitnah. Jadi saya harap hormati keputusan saya untuk tidak berkongsi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.