Rumah tangga pelakon Norreen Iman menjadi tanda tanya peminat dan timbul dakwaan bahawa dia dan suami, Razzi Razak sudah tidak lagi bersama.
Ketika ditemu bual baru-baru ini, Norreen berkata dia kini memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi dan menjaga privasi terutamaya tentang keluarga.
Katanya, pendekatan itu dilakukan bukan disebabkan masalah rumah tangga sebaliknya demi menjaga ketenangan dan kebahagiaan dirinya serta ahli keluarga.
Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, tidak semua perkara perlu dikongsi secara terbuka kerana Norreen percaya kegembiraan juga boleh mengundang pandangan negatif dan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
Tambah Norreen, jika dia tidak memuat naik gambar atau konten tentang suami atau keluarga tidak semestinya ia kerana rumah tangganya sedang bergolak.
Mungkin bermula tahun ni saya tak tunjuk kebahagiaan, biarlah saya happy dengan cara saya sendiri. Hal kita dalam rumah, biar kita jela yang tahu.
Dalam pada itu, Norreen juga turut meminta dan berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dan keluarga.
View this post on Instagram