Susulan pendedahan Diana Danielle yang mengakui rumah tangganya bersama Farid Kamil sedang bergolak, peminat pasangan berkenaan cukup terkejut mendengar berita berkenaan.
Malah, foto Farid bersama Nur Aurora yang dimuat naik oleh Diana mencuri perhatian ramai. Ia seakan memberikan gambaran bahawa Diana sedang cuba menyelamatkan perkahwinannya.
Ruangan komen di foto berkenaan juga dibanjiri dengan doa daripada netizen yang berharap agar perkahwinan mereka dapat berkekalan sehingga akhir hayat. Ada juga menasihati Diana untuk kekal tabah menghadapi segala dugaan didalam perkahwinan.
Berikut antara komen netizen :-
Sejujurnya kami juga terkejut ketika membaca pengakuan Diana Danielle semalam. Kami turut mendoakan agar rumah tangga Diana dan Farid dapat diselamatkan.