Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Rumah Tangga Bergolak, Nadia Brian Mengaku Suami Sudah Failkan Kes Penceraian Di Mahkamah

Masih belum reda nampaknya pergolakan rumah tangga antara pelakon seksi, Nadia Brian dan juga suaminya, Muizz Nasruddin yang khabarnya sudah memfailkan kes penceraian di Mahkamah Syariah.

Advertisement

Difahamkan, Muizz sendiri yang tampil memfailkan penceraian tersebut seperti yang didakwa Nadia Brian ketika satu segementemu bual program Melodi yang ditayangkan pada Ahad lalu.

Tambah Nadia, mereka berdua kini menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah.

“Ya, dia sudah failkan penceraian dan kini sedang menunggu tarikh untuk hadir ke mahkamah. Saya juga tahu ramai yang mencari saya sebelum ini untuk dapatkan kenyataan tentang isu yang melanda sekarang.”

Advertisement

Dalam pada itu, Nadia Brian turut memohon maaf kerana tidak dapat tampil menjawab segala spekulasi yang timbul dalam rumah tangga mereka kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama.

Menurut pelakon filem Ratu Kala Jengking ini lagi, dia dan suami kini sedang menunggu tarikh untuk dibicarakan kerana mahkamah baru sahaja mula beroperasi pada 6 Disember lalu gara-gara ditutup kerana COVID-19.

Dia turut menyampaikan pesanan menerusi entri terbarunya di Instagram bahawa apa jua tuduhan yang dilemparkan kepadanya jika tiada bukti adalah fitnah semata-mata.

Mengakui lebih memilih untuk mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedia kecoh, Nadia turut memohon doa peminat agar urusan mereka dipermudahkan dan kembali seperti biasa.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top