Rumah Tangga Berdepan Dengan Masalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

Hiburan

Rumah Tangga Berdepan Dengan Masalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

Tiada angin tiada ribut, perkara yang tidak pernah terlintas difikiran siapa-siapa tentang permasalahan rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pelakon, Siti Saleha.

4 years ago

"Bukan Suami Tak Bagi.." Hadkan Tawaran Berlakon, Siti Saleha Tak Mahu Balik Lewat Malam

Advertisement

Terbaharu, Siti Saleha selaku plantif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu tadi bagi sebutan kes penceraiannya.

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi turut dihadari suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Kisah masalah rumah tangga pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini agak mengejutkan kerana aktres ini sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial dan pihak media.

Menurut mStar, kelihatan kali terakhir Siti Saleha atau mesra dipanggil Sally, berkongsi foto bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu.

Siti Saleha dan suami

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017 dan selepas empat tahun bersama, mereka masih belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...