Rumah Tangga Berakhir, Hafiz Suip Terima Pesanan ‘Padu’ Dari Adira

Hiburan

Rumah Tangga Berakhir, Hafiz Suip Terima Pesanan ‘Padu’ Dari Adira

Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa simpati terhadap rakan seindustri, Hafiz Suip, yang baru-baru ini diuji dengan perpisahan selepas rumah tangganya berakhir dengan perceraian.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, percaya Hafiz memiliki kekuatan dalaman untuk mengharungi dugaan tersebut.

Advertisement

“Saya dan kita semua tidak berada di tempat dia. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah terus mendoakan agar dia diberi kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Hafiz.”

Kata Adira ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Festival Tentang Cinta baru-baru ini, beliau yang pernah berduet dengan Hafiz menerusi lagu ikonik Ombak Rindu turut berharap penyanyi kelahiran Sarawak itu akan terus berkarya.

“Saya harap dia tidak berhenti menyanyi. Bakat yang dia ada bukan calang-calang, bakatnya besar dan tidak semua orang dikurniakan suara seperti dia.”

“Buka sahaja mulut, memang sedap. Saya juga difahamkan dia bakal mengadakan konsert, insya-Allah semoga segalanya dipermudahkan dan terus sukses.”

Untuk rekod, Hafiz atau nama penuhnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, sah bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yana samsudin
2025-08-09 13:02:52

"Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu" - Yana Samsudin Komen Isu 'Plot Twist' Kes Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...