Seorang waris kepada sebuah rumah kosong membuat laporan polis terhadap tiga Youtuber dan dua akaun TikTok kerana menyebabkan hartanah itu tidak berjaya dijual.
Difahamkan, rumah yang terletak di Semarang, Jawa Tengah itu tidak berpenghuni dan dia mendakwa ia tidak terjual gara-gara konten seram yang dihasilkan semua individu terbabit.
Ramai calon pembeli lari sebab konten seram
Menurutnya, tiga saluran Youtube dan dua akaun TikTok yang dikatakan itu membuat konten berunsurkan seram di rumah tersebut tanpa pengetahuan waris.
Lapan calon pembeli menarik diri disebabkan kandungan-kandungan seram mengenai rumah itu.
Banyak barangan hilang seperti 9 unit penyaman udara, perhiasan diperbuat daripada emas 28 gram dan televisyen. Kami tidak tahu siapa yang mencurinya.
Dia turut berasa kesal kerana dokumen peribadi milik keluarganya dipaparkan di dalam video. Mereka juga membuat cerita palsu mengatakan rumah itu milik orang kaya Arab yang sudah ditinggalkan sejak 10 tahun lalu.
Justeru, AH menganggap konten seram dihasilkan oleh mereka ini menyebabkan dia kerugian apabila kediaman tersebut sehingga kini masih tiada pembeli.
Dah minta izin bank
Salah seorang pencipta kandungan yang pernah membuat konten di rumah tersebut dikenali sebagai Joe Kal telah pun tampil memberikan penjelasan bagi pihaknya.
Menurut Joe, dia sudah selidik tentang rumah itu dan berkata hartanah tersebut kini adalah di bawah pengurusan pihak bank kerana ia dalam status ‘disita’.
Berdasarkan hasil selidik yang saya buat, rumah itu dimiliki oleh PT atau Perseroan Terbatas. Jadi, ia bukan atas nama persendirian (orang) ya kawan kawan. Status rumah itu kini disita jadi rumah tersebut di bawah kuasa dan milik bank.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.