Rumah Sebesar Saiz Tandas, Tiada Air & Elektrik, Ebit Lew Kongsi Kesusahan Penduduk Afrika

Kehidupan

Rumah Sebesar Saiz Tandas, Tiada Air & Elektrik, Ebit Lew Kongsi Kesusahan Penduduk Afrika

Semua sedia maklum tentang perjalanan pendakwah bebas, Ebit Lew yang dalam misi bantuan global ke Afrika.

Selepas misi bantuan yang cukup padat di Malaysia, Ebit Lew buat pertama kalinya melakukan misi antarabangsa dan ketibaannya disambut meriah penduduk di sana.

Advertisement

This image has an empty alt attribute; its file name is 164061914_3828473070604281_8491970495673410147_o-900x600.jpg

“Sebak sayu sangat rasa melihat kesusahan penderitaan sebahagian penduduk. Saya bawa hadiah dan sedikit duit belanja buat mereka”.

“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak. Rumah sebesar saiz tandas je. Tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar. Sampai jer mereka semua dah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari”.

“Ada juga yang siap buat ritual mereka. Menangis-nangis cakap terima kasih. Tak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut..Malaysia. Malaysia”. – Kongsi Ebit Lew.

This image has an empty alt attribute; its file name is 164084673_3828496510601937_8291527079264631674_o-833x600.jpg

Ebit Lew turut berkongsi yang wanita di sana sentiasa mendukung anak kecil di belakang. Menariknya, semasa bantuan diagihkan mereka tidak berebut dan beratur dengan baik. Bagusnya kan?

This image has an empty alt attribute; its file name is 164072753_3828472717270983_6491262108515478258_o-900x600.jpg

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...