Umum mengetahui, sejak berlakunya bencana banjir kilat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia beberapa hari lalu, banyak pihak yang ‘turun padang’ bagi membantu sebanyak yang mungkin buat mangsa-mangsa yang terkesan.
Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin juga tidak terkecuali dalam menghulurkan bantuan dengan pergi ke lokasi kejadian sekitar Lembah Klang bersama suami tercinta iaitu Asyraf Kalid selepas mendapati beberapa pekerja di bawah Empayar Mutyara turut terjejas akibat banjir kilat ini.
Biarpun berasa sebak melihat keadaan kediaman mangsa semasa mengunjunginya, menantu kepada penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza ini tidak melepaskan peluang untuk menolong mereka menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Cahaya Mutyara yang sudah digerakkan beberapa bulan yang lalu.
Ini merupakan tanggungjawab Tya meringankan beban golongan yang memerlukan.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut berkata hubungannya bersama para pekerja di Wisma Mutyara itu ibarat isi dengan kuku dan memberitahu mereka sering menolong satu sama lain jika didalam kesusahan.
Sedar akan kesulitan yang berlaku akibat bencana alam di sesebuah negeri, pengasas jus kesihatan, Jus Mutyara ini turut bersetuju menawarkan diri untuk sentiasa membantu bersama pihak berkuasa seandainya berlaku lagi bencana seperti ini.
Ia kerana, objektif utama Cahaya Mutyara adalah untuk memberi perhatian terhadap teras kemasyarakatan dan bantuan buat golongan yang memerlukan agar berjaya keluar dari kepompong kesusahan.
View this post on Instagram
Sekadar info, Tya ada memuat naik sebuah video pendek di Instagram Reels memaparkan keadaan sebenar rumah para pekerjanya yang terjejas serta musnah akibat kenaikan air di kawasan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending berkaitan isu banjir pada pautan di bawah.