Rumah Murid Tiada Internet, Guru Sanggup Hantar Modul PdPR Masuk Kampung Orang Asli

Kehidupan

Rumah Murid Tiada Internet, Guru Sanggup Hantar Modul PdPR Masuk Kampung Orang Asli

Berikutan sekolah masih lagi ditutup akibat pandemik Covid-19, murid-murid masih lagi melalukan sesi pembelajaran secara online. Namun, ada beberapa tempat tinggal murid yang tidak mendapat akses internet untuk melakukan sesi pembelajaran secara online.

Memetik laporan Berita Harian, sekumpulan guru dari SK Putra, Simpang Durian, Jelebu berusaha untuk masuk ke kampung orang asli sejauh 80 kilometer untuk menghantar modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada murid mereka demi memastikan mereka juga turut sama mengikuti sesi pembelajaran.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Menurut Guru Besar Sk Putra, Syed Zulkafli Syed Abdul Karim pihaknya mengambil masa dua hari untuk menyerahkan modul PdPR berkenaan kepada 152 orang murid.

Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid di sekolah berkenaan tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran online kerana tidak mempunyai kemudahan alat komunikasi.

Salah satu murid tahun 5 dari sekolah berkenaan, Azuannizan Along, berkata dia cukup terharu dengan pengorbanan gurunya untuk menghantar modul PdPR ke rumahnya supaya dia dapat mengulangkaji pelajaran.

Tambahnya, kampung mereka tidak ada liputan internet dan hal ini menyukarkannya untuk belajar secara online seperti murid yang mempunyai kemudahan tersebut.

Ada juga kemudahan alat telekomunikasi yang diberikan kepada mereka seperti kad sim namun hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan dan pesanan ringkas (SMS) sahaja.

Walau bagaimanapun, dengan adanya modul PdPR yang disediakan oleh guru sekolah mereka ianya lebih baik daripada tidak belajar langsung.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...