Rumah Malaysia Tidak Mampu Milik Berbanding Rumah Singapura, Jepun dan AS, Lapor Demographia

Trending

Rumah Malaysia Tidak Mampu Milik Berbanding Rumah Singapura, Jepun dan AS, Lapor Demographia

Malaysia memiliki pasaran rumah untuk kediaman yang ‘sangat tidak mampu-milik’, lebih sukar untuk dimiliki berbanding di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat (AS), menurut satu syarikat pengkaji pembangunan urban yang bertapak di AS, Demographia.

Laporan Demographia dirujuk hari ini dalam akhbar Singapura, Straits Times (ST) yang memberi penekanan kepada bagaimana rakyat Malaysia berterusan terkunci di luar pasaran perumahan tempatan walaupun terdapat usaha pihak kerajaan untuk membantu pembeli yang mahu membeli rumah untuk kali pertama.

008

Advertisement

Menurut laporan ST, Demographia menarafkan perumahan sebagai ‘sangat tidak mampu milik’ jika pendapatan tahunan median rakyat ialah pada kadar 5.1 kali ganda dalam sesebuah negara. Malaysia mencapai median 5.5x, lebih tinggi dari Singapura, manakala perumahan di AS dan Jepun ialah ‘sederhana tidak mampu milik’. Data kerajaan yang dirujuk oleh ST menunjukkan sejak 2012 median pendapatan isirumah bulanan telah meningkat lapan peratus kepada RM 4, 258, lebih lambat berbanding kenaikan harga perumahan sebanyak 10 peratus kepada RM 280, 886.

Indeks harga pengguna Malaysia dikatakan telah meningkat dalam purata 3.3 peratus tahun ini dan Putrajaya telah memberi peringatan bahawa ia boleh meningkat kepada 5 peratus tahun hadapan, tiga kali ganda dari purata untuk tahun 2013.

Dalam menyampaikan Bajet 2015 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan Skim Perumahan Belia yang akan mengurangkan bayaran dan memberi subsidi pemilikan rumah sehingga RM 10, 000 untuk 20, 000 pasangan yang sudah berkahwin dan berumur di bawah 40 tahun.

Najib juga berkata bahawa kerajaan akan memperuntukkan 80, 000 buah rumah berharga di antara RM 80, 000 hingga RM 400, 000 di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Kedua-dua skim ini, termasuk skim sedia ada iaitu Skim Rumah Pertamaku (SRP) hanya diperuntukkan untuk isirumah dengan pendapatan terkumpul di bawah RM 10, 000.

Menurut Bank Negara, hanya sepertiga dari pemohon untuk SRP menerima pinjaman untuk tahun pertama, disebabkan kebanyakan bank menolak untuk mengambil risiko. Dan PR1MA baru mendapat 761 pembeli untuk 160, 000 unit rumah yang dilancarkan pada tahun 2013. Menurut Puteri Mohamad, seorang peguam:

Pendapatan kami lebih sedikit dari itu tetapi tidak cukup untuk menyimpan.

Kami boleh tukar sewa kepada bayaran balik pinjaman tetapi tidak mampu membayar deposit 10%.

Pentadibir pejabat, Mimie Azriene Mohd Zin, 32, tidak mempunyai anak, bagaimanapun suaminya, seorang juruteknik telah memohon untuk mendapatkan rumah PR1MA.

Tetapi dia memberitahu ST yang dia dan suaminya masih belum memikirkan cara untuk membayar balik pinjaman dengan pendapatan gabungan mereka yang berjumlah di bawah RM 4, 000 sebulan, menyebabkan mereka hanya memiliki sedikit simpanan dan mereka tinggal di Kuala Lumpur yang memerlukan perbelanjaan tinggi.

Mungkin kami sebenarnya tidak mampu membayar balik pinjaman tetapi kami perlu mencuba sebelum harga rumah meningkat lagi.

Sumber: Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...