April 8th, 2015

Ingat lagi tak perkongsian Abang Nara tentang pembelian di IKEA baru-baru ini? Memang berbaloi-baloi sungguh beli storage untuk kegunaan di bilik anak-anak Abang Nara si Aariz dan Arissa tue. Nie Abang Nara kongsikan sikit gambarnya:-

ikea

Kalau dulu kereta mainan Aariz selalu bersepah bawah meja, bawah katil dan bawah almari, kini tidak lagi. Semuanya kini dah disimpan dalam storage box yang Abang Nara beli di IKEA nie. Aariz pun dah pandai dah. Lepas main terus gi simpan. Abang Nara pun tak adalah terpijak lagi kereta mainannya dan rumah pun dah tak bersepah macam dulu.

ikea

Gabungan kombinasi storage STUVA untuk simpan pakaian dan barangan Arissa

Ni pulak almari untuk Arissa, senang kalau dapat simpan semua barang dalam satu tempat. Tak payah susah-susah nanti kalau nak cari baju atau mainan bila nak digunakan.

ike

storage tempat letak make up wife

Bilik tidur Abang Nara pun semakin kemas dengan adanya storage untuk tempat letak segala barang make up isteri tercinta. Semua berus, bedak, gincu dan sebagainya ada kat sini. Tak adalah tiba-tiba missing in action. Wife suka, Abang Nara lagilah suka. Heheh.

ikea

Baru je bincang dengan wife ingat nak pergi IKEA lagi sekali untuk tengok promosi Bedroom & Bathroom yang sedang dijalankan. Wife hari tue ada cakap nak beli cadar katil yang baru. Abang Nara pun teringin nak beli bantal yang lebih selesa. Sesiapa yang tengah merancang nak beli-belah peralatan rumah baru atau nak inspirasi perhiasan rumah bolehlah ke www.ikea.my/peribadi.

 

 


Comments are closed.

Loading...