Kediaman kumpulan Zero di Kampung Pantai Bahagia Kudah, Sabah telah hangus terbakar dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Selasa. Kejadian tersebut melibatkan 69 buah rumah lain yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.
Ketika kejadian berlaku, Mohammad Syaiful dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya sebelum mendapat tahu tentang kebarakan tersebut. Manakala abang serta adiknya, Sahrif Doli dan Sharif Kunal berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.
Berita tersebut juga dikongsikan oleh Atu Zero menerusi laman Instagram miliknya. Menurut pengurs mereka Shafeeqa Johari kumpulan Zero yang kini sudah berada di kampung halaman mereka sedang giat mendapatkan bantuan serta sumbangan orang ramai terutama barangan terpakai seperti pakaian, seragam sekolah, makanan dan minuman selain keperluan asas lain untuk meringkan beban mangsa yang terlibat dalam insiden malang itu.
Ini dugaan besar buat mereka semua dan saya bagi pihak Zero mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang ramai memandangkan Ramadan akan tiba esok (Khamis). Alhamdulillah setakat ini ramai menghulurkan bantuan termasuk rakan-rakan artis dan pihak kami akan terbang ke Sabah pada Isnin ini untuk menghantar barangan tersebut.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan melalui Persatuan Komuniti Bajau Simunul Kudat menerusi akaun Bank Simpanan Nasional: 12125-41-00006963-6.
Peminat di Semenanjung Malaysia yang ingin memberi bantuan barangan pula boleh menghubungi Shafeeqa di talian 017-721 0491.