Rumah Kekal Sejuk Tanpa Penyaman Udara

Trending

Rumah Kekal Sejuk Tanpa Penyaman Udara

Cuaca panas dengan suhu yang tinggi dan lembab memang merimaskan. Rumah berubah menjadi sepeti sauna dan pasti anda rasa tidak selesa.

Terutamanya rumah-rumah di tingkat yang tinggi seperti apartment atau kondominium. Mustahil anda bole tidur lena dengan keadaan yang seperti itu. Tidak semua orang mepunyai penyaman udara kan? Tetapi jangan risau, jom baca tips bagaimana anda bole kekal selesa di dalam rumah ketika cuaca panas.

Advertisement

Bilik Sejuk Waktu Malam

Untuk memastikan bilik sejuk pada waktu malam, ia harus sejuk ketika siang. Dan untuk itu, anda perlu pastikan pengaliran udara dalam bilik berlaku dengan betul. Jadi apa yang anda perlu lakukan?

  1. Tutup tingkap bilik ketika suhu diluar lebih tinggi daripada 24oc dan buka tingkap jika suhu lebih rendah.
  2. Pilih langsir yang betul. Guna langsir dari linen tebal berwarna putih dan elakkan dari menggunakan langsir synthetic  kerana bilik akan menjadi cepat panas.
  3. Lebih baik untuk tidak menggunakan perhiasan bilik seperti permaidani dan bantal sofa kerana semua ini akan memerangkap habuk dan haba akan berkumpul di sekitar ruangan anda.
  4. Sidai tuala basah di depan tingkap bilik yang terbuka. Ini akan membantu anda menyejukkan bilik dengan lebih cepat. Tetapi jangn biarkan tuala basah semalaman kerana bilik dan menjadi lembab dan berbau.
  5. Pada zaman dulu sebelum wujudnya penyaman udara, pemilik rumah biasanya akan membasahkan lantai. Kemudian suhu bilik jatuh dengan serta-merta.

Gunakan Kipas Siling

Murah, mudah dan dapat menyejukkan bilik dengan baik. Pastikan bilah kipas anda berpusing melawan arah jam supaya udara ditarik ke atas dan ruangan akan menjadi lebih sejuk.

Penyaman Udara DIY

Tahu tak kipas boleh di transform menjadi penyaman udara? Bekukan beberapa botol air dan letakkannya di hadapan kipas. Udara sejuk yang terhasil akan ditiup dan disebarkan di seluruh bilik. Tukar botol setiap 4-5 jam untuk bilik kekal sejuk.

Sejukkan Katil Anda

Guna cadar yang diperbuat dari kapas atau sutera kerana akan menyerap peluh dengan lebih baik. Anda juga boleh cuba masukkan cadar ke dalam peti sejuk sebelum menggunakannya. Tapi jangan letak di dalam bahagian sejuk beku pulak ya!

Ada Penyaman Udara Di Rumah?

Kredit:Yoota

 

Mungkin anda boleh cuba cara ini untuk kekal kan suhu sejuk di dalam bilik. Bagaimana?

Biasanya penyaman udara mempunyai fungsi pengekalan suhu atau ‘night mode‘. Untuk fungsi ini, penghawa dingin akan dihidupkan dan dipadamkan secara automatik mengikut suhu bilik.

Jika penyaman udara anda tidak mempunyai fungsi ini, tutup semua tingkap dan hidupkan penyaman udara selama 2-3 jam dengan suhu paling sejuk, kemudian matikannya.

Selamat mencuba!

Sumber:Brightside

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...