“Rumah Ini Biar Saya Uruskan, Mak Jangan Campur Tangan” – Luluh Hati Seorang Ibu

Trending

“Rumah Ini Biar Saya Uruskan, Mak Jangan Campur Tangan” – Luluh Hati Seorang Ibu

rumahmak

Perkara ini mungkin nampak seakan remeh namun selalu sangat kita sebagai anak terlepas pandang.

Advertisement

Perasan tak kadangkala ibu dan ayah datang bertandang ke rumah kita untuk beberapa hari namun mereka seakan berasa janggal.

Nak buat apa-apa akan minta izin kita dulu. Admin tertarik dengan perkongsian wanita ini tentang cara layanan kita terhadap ibu bapa yang datang berkunjung. Pesanan buat kita semua untuk dijadikan pengajaran.

Sebab mak & ayah akan rasa tak selesa

mak

Salam…tengahari tadi saya dengar sembang Sinar di radio Sinar FM. Dj atau juruhebah rancangan Sembang Sinar Abby Fana memetik kata kata seorang ustaz mengenai ” Rumah Mak ayah, rumah Anak anak ” .

Tersentuh hati saya dan menitis air mata saya bila Abby Fana baca petikan ini :

”Rumah Mak ayah, biasanya adalah rumah anak juga , mereka bebas makan, berkemas dan buat apa saja tanpa ada halangan dari mak ayah.

Tapi Rumah Anak belum tentu boleh jadi rumah mak dan ayah, sebab ayah dan mak kita akan rasa tak selesa nak buat rumah anak macam rumah mereka sendiri.

Kadang tu nak makan apa apa dalam peti sejuk kat rumah anak pun minta kebenaran anak. Nak ubah dan kemas itu ini pun minta persetujuan anak.

Sebab ada anak yang tak suka mak ayah buat rumah mereka macam rumah sendiri. Tapi mak ayah tak pernah kisah, anak-anak nak buat apa pun kat rumah mereka , sebab bagi mak ayah rumah itu rumah mereka bersama, rumah yang mak ayah tanam dan tabur kasih sayang antara mereka”

 

“Mak jangan masuk campur…”

dapur

Saya setuju dengan kata2 ustaz ni. Memang ada anak2 yang sangat cerewet dengan mak ayah sendiri. Ada yang cakap ”kalau rumah mak dan ayah sendiri boleh lah buat macam tu, ni rumah saya biar saya yang uruskan, mak ayah jangan masuk campur ”

Kata2 ini sangat pedih bagi ibu dan ayah sebab mak dan ayah kita tak pernah berkira dengan kita walau terpaksa berkorban wang ringgit, harta benda dan tenaga. Tapi memang ada anak2 yang sangat berkira dengan ibu ayah mereka. Mereka lupa hidup ini satu putaran.

Saya teringat arwah mak yang pernah tinggal dengan saya. Dia tidak akan buat apa2 keputusan kalau tak tanya saya. Walau pun nak masak dan nak ubah perabut dibilik yang dia tinggal.

Dia mesti mintak kebenaran saya, dia takut saya tak suka. Tapi saya bagitau arwah mak. ”Rumah Atie ni rumah mak jugak….mak buat lah apa mak suka”

Alhamdulillah dia selesa dengan saya sampai dia menutup mata dipangkuan saya lima tahun yang lalu. Semoga anak2 yang masih ada mak dan ayah….

hargai kedua ibubapa jangan terlalu cerewet dengan mak dan ayah sendiri. Begitu juga menantu, jangan banyak berkira dengan mertua, sebab mereka juga mak dan ayah kita.

Jika hari ini kita cerewet dengan mak ayah kita nanti kita tua anak kita pula buat perkara yang sama pada kita.

Fikir2kan…..

Sumber : Hariyati Ariffin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...