“Rumah Harry Potter!” – Aksi APM Tangkap Sekeluarga Burung Hantu Tarik Perhatian Netizen

Trending

“Rumah Harry Potter!” – Aksi APM Tangkap Sekeluarga Burung Hantu Tarik Perhatian Netizen

Seperti yang korang tahu, haiwan seperti burung ini sudah pasti akan mencari tempat berteduh dan membuat sarang kan? Kebiasaannya, sarang mereka boleh dijumpai di sekitar kawasan rumah, pokok tinggi ataupun tempat yang jauh dari orang.

Namun, lain pula dengan sekumpulan burung hantu ini yang dilihat membuat sarang di atas syiling rumah! Wah lain dari lain.

Menerusi perkongsian pengguna Tiktok iaitu Quenn Qalif, pada mulanya wanita ini sengaja merakamkan kelibat haiwan itu dari atas syiling yang pecah. Kononnya nak maklumkan pada suami lah kan yang dia bela haiwan misteri.

Nak dijadikan cerita, rakaman itu kemudiannya berakhir dengan pandangan tajam yang agak seram. Bila difikir, mungkin burung tu pun nak tengok siapa yang intai dia kan? haha!

Advertisement

Disangkakan seekor, rupanya empat ekor semua sekali ya! Memang satu keluarga ni. Kata wanita ini, ketika APM datang, ibu burung hantu ini tiada kerana sempat menyelamatkan diri. Tinggallah anak-anak yang dimasukkan ke sangkar.

Burung hantu

Apa yang lebih menghiburkan apabila netizen mengatakan tuan rumah ini mendapat ‘surat undangan’ daripada sekolah Harry Potter.

“Tahniah! awak baru sahaja dapat surat undangan dari Hogwarts!”

“Harry Potter mesti ada dalam rumah ni”

Burung hantu

Macam-macam hal. Tak sangka pula burung hantu ini tersesat dalam rumah. Mungkin dia pun tengah cari tempat berteduh kan.

Apapun, burung ini akan dilepaskan oleh pihak APM di kawasan yang lain. Semoga burung-burung ini lebih bebas lah ya.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...