Rumah Hangus Dijilat Api, Pasangan Baru Kahwin Rentung Berpelukan – “Suami Naik Atas Nak Selamatkan Isteri”

Kehidupan

Rumah Hangus Dijilat Api, Pasangan Baru Kahwin Rentung Berpelukan – “Suami Naik Atas Nak Selamatkan Isteri”

Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas rumah yang didiami mereka hangus terbakar dalam satu kejadian baru-baru ini.

Menurut laporan, tragedi hitam itu melibatkan 13 sekeluarga dan ia telah meragus nyawa pasangan berkenaan yang baru sahaja berkahwin setahun lalu.

Advertisement

Ketua Polis Depok, Made Budi berkata 13 mangsa itu terdiri daripada empat buah keluarga dan 11 daripada mereka terselamat dalam kebakaran tersebut.

Hanya kedua mangsa (pasangan suami isteri) didapati terkorban manakala 11 lagi selamat.

hangus

Lebih menyayat hati, ketika kebakaran berlaku si suami berusia 27 tahun itu telah naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan isterinya.

Malangnya, tangga kayu di rumah terbabit menjadi reput akibat dijilat api dan roboh menyebabkan kedua-dua mereka terperangkap di dalam rumah itu.

Difahamkan, mangsa ditemukan dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain di bahagian tangga yang telah hangus terbakar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

elmina
1 year ago

[Tragedi Elmina] Hafiz Al-Quran, Jasad Ustaz Idris Masih Sempurna & Hanya Pakaian Terbakar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TribunNews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...