Baru-baru ini tular apabila seorang individu memuatnaik satu video di laman Twitter menunjukkan pihak berkuasa telah merobohkan pondok yang dibina berdekatan rumah flat awam.
Berdasarkan individu tersebut, pemilik rumah yang duduk di flat itu telah membina pondok kecil. Hal itu tidak dibenarkan mengikut undung-undang oleh kerana tanah tersebut merupakan tanah kerajaan.
Duduk rumah flat, serupa macam duduk rumah landed.
Duduk flat bukan renovate/tambah macam macam serupa duduk landed corner lot. pic.twitter.com/B2zR4X8IjG
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) October 19, 2023
Oleh kerana viral, ramai netizen turut menyokong tindakan pihak berkuasa tersebut. Ini bukanlah kali pertama segelintir penduduk di rumah-rumah flat bertindak untuk melakukan penambahbaikan di sekitar rumah mereka yang berlanggaran dengan undang-undang.
Padan muka, rumah flat selera banglo.
Sumber : Twitter
Meninjau ke ruangan komen pula, warganet turut tak berpuas hati dengan tindakan mementingkan diri itu. Mereka berkata hal demikian tidak boleh disalahkan kepada pihak berkuasa kerena pemilik itu sendiri yang melanggar peraturan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.