Kasihan pula Abang Nara mendengar nasib malang yang menimpa Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Mana tidaknya, rumah mereka telah dipecah masuk buat kali ketiga. Kerugian yang dialami kali ini mencecah RM200,000. Antara barang-barang yang berjaya dibawa lari oleh si perompak jahanam itu ialah 15 beg tangan milik Ayu Raudhah yang berjenama Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan Rolex dan New Balance milik Zaquan Adha. Fuh!!! Memang kurang ajar. Beg-beg jenama tersebut semuanya mencecah harga puluhan ribu ringgit setiap satu.
Perompak tersebut telah memecahkan pintu belakang rumah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah untuk melakukan perbuatan terkutuk ini kira-kira jam 1 petang. Ketika kejadian, Zaquan dan Ayu tidak berada di rumah. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya tiada kecederaan atau kehilangan nyawa. Harta benda hilang boleh dicari lagi. Tak gitu? Kata Zaquan:-
Ini kejadian kali ketiga dan paling buruk dialami sejak awal tahun ini. Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami.
Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri.
Semoga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tabah dengan ujian ini. Pastikan juga langkah-langkah tertentu diambil untuk mengelakkan kejadian ini berulang sekali lagi. Kalau susah sangat, mungkin boleh fikir untuk pindah rumah. Iyerlah, kalau dah kali ketiga, maksudnya memang rumah anda telah di”target” oleh pihak perompak. Semoga Ayu dan Zaquan akan bangkit daripada kekusutan ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.