Rumah Dimasuki Perompak, Yusof Haslam Lepas Tembakan Amaran

Hiburan

Rumah Dimasuki Perompak, Yusof Haslam Lepas Tembakan Amaran

Gerak gerak khas. Gerak gerak khas. Pergh~~~ Memang power Datuk Yusof Haslam. Tak sia-sia berlakon sebagai polis dalam drama Gerak Khas. Silap besarlah si perompak cuba nak merompak rumah beliau. Rumah Datuk Yusof Haslam yang terletak di Taman Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

yusof haslamKetika kejadian, Datuk Yusof Haslam sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa. Mendengar jerita tersebut, Datuk Yusof Haslam bingkas bangun dan bergegas ke bilik untuk mendapatkan pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.

Advertisement

Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu. Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak. Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.

yusof haslam

Takziah kepada Datuk Yusof Haslam atas berita ini. Nasib baik beliau tak tidur lagi. Tapi memang serius ‘cool’ kerana melepaskan tembakan. Terasa macam dalam drama Gerak Khas pulak. Bukan calang-calang orang boleh bersikap berani begitu. Semoga selepas ini kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...