Rumah Digeledah, SPRM Sita 11 ‘Handbag’ & Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai RM200,00 Milik Vivy Yusof & Fadza Anuar

Trending

Rumah Digeledah, SPRM Sita 11 ‘Handbag’ & Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai RM200,00 Milik Vivy Yusof & Fadza Anuar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyita 11 buah beg tangan milik pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof.

Selain itu, seutas jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM200,000 juga turut dirampas selepas pasukan SPRM menggeledah kediaman Vivy dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Advertisement

Vivy Yusof dan Fadza Anuar

Menurut sumber, sebelum itu, pasangan terbabit telah hadir ke SPRM jam 1 petang untuk memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman jam 5.30 petang bagi tujuan penggeledahan.

Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut. Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SPRM serbu FV, soal siasat Vivy dan Fadza
2 months ago

Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta: SPRM Serbu MoF, Khazanah, PNB & FashionValet Serentak, Vivy Yusof & Fadza Anuar Turut Disoal Siasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...