August 13th, 2020

Takut dan tidak dapat mengawal perasaan selepas rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan, pelakon hebat Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil akui ketika kejadian berlaku dirinya hanya keseorangan tanpa suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila.

Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak

Kata Abil, beliau seakan kelihatan kelibat sesuatu di bahagian luar rumahnya.

“Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu. Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?”

Tambah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kamar Kamariah, beliau seakan merasakan bayangan atau kelibat yang dilihat tersebut merupakan seorang penceroboh.

Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak

“Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang. Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh?”

Perkara itu dikongsi Abil sendiri di Instagram Stories miliknya. Melihat kepada situasi tersebut, Abil difahamkan menangis teresak-esak seolah buntu dan takut dengan insiden yang berlaku.

Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak

“Weh saya takut gila. Saya takut.”

Sehingga kini, masih tiada maklum balas berkenaan hal tersebut dikemukan Abil. Diharapkan segala yang berlaku bertemu penyelesaian dan semoga keselamatan Abil dan keluarga sentiasa terpelihara hendaknya.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...