Rumah Dato Aliff Syukri Diserbu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dan Perhilitan

Trending

Rumah Dato Aliff Syukri Diserbu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dan Perhilitan

Kediaman jutawan kosmetik Dato Aliff Syukri diserbu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perhilitan semalam gara gara menerima banyak aduan tentang penderaan haiwan milik beliau iaitu kucing baka Savannah.

Advertisement

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut”

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beberapa hari lepas, Dato Aliff ada berkongsikan melalui Instagram miliknya yang beliau telah membelanjakan hampir RM10,000 untuk menjinakkan dan mendandankan kucing miliknya tetapi beliau masih gagal untuk menjinakkan kucing tersebut.

Beliau jugta ada mengatakan yang beliau akan menjual kucing tersebut dengan harga RM50,000 jika kucing tersebut masih tidak lagi jinak.

Melalui post terbaru Dato Aliff, bersyukur operasi ini dijalankan, sekaligus dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dari tuduhan mendera kucing yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...