Rumah Dalam Kawasan PKPD, Lelaki Dakwa Tak Dapat Kebenaran Pergi ‘Check Up’ Kehamilan Isteri?

Kehidupan

Rumah Dalam Kawasan PKPD, Lelaki Dakwa Tak Dapat Kebenaran Pergi ‘Check Up’ Kehamilan Isteri?

Seorang lelaki menerusi perkongsian di portal In Real Life mendakwa dia tidak mendapat kebenaran untuk membuat pemeriksaan kehamilan isterinya kerana kawasan perumahannya masih dalam PKPD.

Dilaporkan si isteri di dalam fasa pertama trimester dengan kehamilan berisiko tinggi yang menyebabkan pasangan ini perlu sentiasa memberi perkembangan kepada doktor.

Advertisement

Pada akhir bulan Jun, si isteri didapati mengalami pendarahan dan mereka seperti biasa pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan memandangkan pada ketika itu kawasan perumahan belum dikenakan PKPD.

Melalui pemeriksaan, doktor menyarankan jika perkara tersebut masih lagi berlaku tindakan segera perlu dilakukan kerana ianya dalam kategori kecemasan selain memberi ubatan untuk menghentikan pendarahan tersebut.

periksa kehamilan

Sumber : In Real Life

Pada awal Julai, kawasan perumahan pasangan tersebut dikenakan PKPD dan pihak polis telah memasang kawat duri supaya tidak ada sesiapa yang dibenarkan keluar dan masuk tanpa kebenaran.

Satu insiden berlaku dimana si isteri mengalami pendarahan dan suaminya pergi ke khemah polis memaklumkan tentang keadaan isterinya untuk dibawa ke klinik dengan kadar segera. Namun, dipercayai jawapan daripada pihak polis tidak seperti apa yang dijangkakan.

“Kita tak boleh benarkan sebab bukan emergency”

Walau bagaimanapun, setelah memberi penjelasan yang terperinci pihak perubatan dilaporkan akan menghantar ambulans untuk membawa isterinya. Pun begitu, mereka mendakwa yang mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD melainkan menaiki van ambulans yang disediakan.

Pendarahan berlaku sejak pagi dan mereka dapat pergi membuat pemeriksaan pada sebelah petang dimana mereka terpaksa menunggu lebih 3 jam untuk ambulans sampai.

Menurutnya, mereka hanya boleh dibawa ke klinik kesihatan dan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang urusan dengan klinik swasta seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Setibanya di klinik kesihatan, mereka menerima maklumat yang kes dialami oleh isterinya hanya kes ‘biasa’ dan bukan serius kerana banyak kes yang perlu mereka tangani di klinik tersebut.

Mereka dihantar pulang semula ke rumah dengan bekalan ubatan folic acid dan surat MC tanpa melakukan pemeriksaan ultrasound terhadap kandungan untuk memastikan bayi dalam keadaan baik.

ubat folic acid

Sumber : In ReaL Life

Beberapa hari kemudian, si suami memaklumkan sekali lagi tentang keadaan isterinya yang semakin serius kepada polis yang bertugas pada ketika itu.

Timbul persoalan dalam dirinya dengan mendakwa kenapa pasukan polis pada hari pertama tidak membenarkan mereka atas sebab yang sama. Dia dimaklumkan yang pasukan polis bertugas pada ketika itu merupakan pasukan polis yang berlainan.

Polis itu juga memberitahu pegawai yang bertugas pada ketika itu seharusnya membenarkan mereka pergi. Atas kebenaran polis yang bertugas, akhirnya mereka dibenarkan untuk pergi membuat pemeriksaan segera.

Mereka pergi ke klinik swasta yang sepatutnya mereka pergi beberapa hari lalu dan ianya terlepas daripada temujanji sepatutnya.

Pemeriksaan ultrasound dilakukan dan didapati tidak ada degupan jantung bayi di dalam kandungan si isteri. Mereka mahukan kepastian dan doktor menyarankan mereka untuk rujuk pakar untuk melakukan intravaginal ultrasound. 

Keputusan masih sama, tiada degupan jantung bayi dikesan. Doktor menasihati mereka supaya proses ‘mencuci’ bahagian dalam kandungan perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi yang belum lahir itu.

Setiba di rumah, si suami berjumpa dengan pihak polis untuk menjelaskan apa yang berlaku.

“Kenapa you all buat macam ni? Sepatutnya you all mesti bagi kita keluar dari mula!”

“Kami dari pihak PDRM meminta maaf atas kesilapan”

Pada hari Isnin, si suami membuat laporan polis berhubung kejadian sementara si isteri berada di pusat perubatan untuk menjalani proses ‘mencuci’ kandungan. Dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Integrity Agensi Penguatkuasaan mengenai kejadian ini.

laporan polis

Sumber : In Real Llife

Menurut In Real Life, pihak polis telah menjalankan siasatan mengenai kejadian dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...