Rumah Banyak Lipas? Ini 3 Bahan Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Buat Perangkap Lipas

Kehidupan

Rumah Banyak Lipas? Ini 3 Bahan Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Buat Perangkap Lipas

Pasti ramai yang tidak menyukai apabila haiwan perosak seperti lipas mula membiak di dalam rumah sehinggakan jumlah mereka yang terlalu banyak dapat menyukarkan kehidupan seharian.

Lebih-lebih lagi apabila mereka mula muncul di dalam kabinet-kabinet rumah di mana tempat kita menyimpan makanan mahupun di dalam kereta.

Advertisement

Kalau anda nak tahu, kehadiran binatang perosak ini boleh mendatangkan bahaya buat isi rumah apabila mereka meninggalkan sisa najis mereka yang boleh mendatangkan penyakit serius.

Oleh itu, ini kami sediakan salah satu cara untuk membasmi lipas dengan menggunakan 3 bahan yang terdapat di rumah anda seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Zuriaty Musa.

Ini 3 Bahan Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Buat Perangkap Lipas

1. Minyak masak terpakai

2. Majerin atau Planta

3. Susu Pekat

Cara-caranya:

minyak

Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi. Kemuadian, masukkan minyak masak terpakai supaya tidak perlu menggunakan minyak masak yang baru.

susu

Kemudian, masukkan planta atau majerin dan juga susu pekat di dalam bekas dan kacaukan kesemua bahan sehingga bercampur sebati. Anggaran kesemua bahan-bahan tersebut adalah terpulang kepada anda.

lipas

Anda boleh meletakkan bekas tersebut di tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan lipas seperti di dalam kabinet, di bawah singki, dan di dalam kereta.

Lebih digalakkan jika anda meninggalkan bekas tersebut seharian pada waktu malam atau boleh juga ditinggalkan selama 3 – 4 hari untuk hasil yang lebih memuaskan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ular sawa saiz anaconda dibela
3 years ago

"Tak Seriau Ke.." - Ular Saiz 'Anaconda' Jadi Pilihan Haiwan Peliharaan Keluarga, Netizen Risau 'Makan Tuan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Keluarga

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...