Keganasan rumah tangga rasanya dah banyak kali kita dengar terjadi dikalangan masyarakat Malaysia, malah perkara ini juga sering menjadi topik perdebatan diantara kaum adam dan kaum hawa.
Kes-kes keganasan rumah tangga juga semakin hari, semakin meningkat di dalam negara kita ini, seperti sebuah kisah yang tular sebelum ini dimana seorang isteri lumpuh akibat dipukul teruk oleh suaminya.
Baru-baru ini pula, tular sebuah kisah di platform Twitter yang dikongsikan oleh seorang gadis apabila berasa kesal selepas membuat aduan pada pihak polis tentang ibunya dipukul oleh bapa.
Gadis itu menceritakan pada awalnya dia sudahpun membuat panggilan ke Talian Nur atau dikenali sebagai Talian Kasih yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bagaimanapun, kerana kejadian yang terjadi boleh dikatakan agak teruk, pihak dari Talian Nur meminta agar gadis tersebut menelefon polis, namun jawapan yang diterima amat mengecewakan gadis itu kerana mereka seakan-akan tidak kisah dengan apa yang telah berlaku.
Kerana terlalu marah dengan maklum balas yang diterima oleh pihak polis terbabit, gadis itu nekad untuk menceritakan situasi urusannya bersama pihak polis terbabit ketika itu.
Difahamkan, selepas perkongsiannya menjadi tular di platform tersebut, akhirnya bantuan dari pihak polis tiba dan isu yang berlaku telah pun diselesaikan serta dia turut menegaskan bahawa dirinya sama sekali tidak berniat untuk memburukkan pihak polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.