“Rumah Aku Separuh Bilik Dia Je” – Netizen Tergamam Tengok Bilik & Tandas Anak Che Ta, Mewah Sungguh!

Gaya Hidup

“Rumah Aku Separuh Bilik Dia Je” – Netizen Tergamam Tengok Bilik & Tandas Anak Che Ta, Mewah Sungguh!

Baru berusia 8 tahun tetapi memang beruntung sungguh anak perempuan Rozita Che Wan ini. Siapa lagi kalau bukan Aaisyah Dhia Rana, si kecil yang sudah nampak bakal mewarisi ibunya dari segala aspek.

Pandai melaram sama seperti ibunya dan juga celoteh Aaisyah dalam loghat Utara juga sering menarik perhatian ramai kerana ‘sebijik’ dengan Rozita.

Advertisement

1 year ago

Che Ta Sekali Lagi Dikritik, Kali Ini Sebab Aaisyah Pakai Baju Nampak Badan & Pusat - "Jaga Pakaian Anak Elok-Elok, Dia Tu Perempuan"

Bukan hanya cara berpakaian, fesyen dan telatah Aaisyah sahaja yang membuat ramai terpegun tetapi baru-baru ini, netizen tergamam selepas melihat bilik tidur si kecil yang mesra disapa Ecah itu.

Menerusi satu rakaman TikTok, seorang lelaki dipercayai kenalan Rozita telah memuat naik video room tour Ecah yang bertemakan merah jambu ala ala puteri.

Bilik air Ecah juga turut mencuri perhatian kerana saiznya yang besar dan rekaan dalaman yang mewah dan nampak begitu eksklusif.

Rata-rata netizen terpukau dengan kemewahan yang diberikan oleh Rozita kepada satu satunya anak perempuannya itu.

Sesetengah netizen memuji bilik itu cantik dan ada yang sempat berseloroh mengatakan bilik mandi Ecah itu jauh lebih besar dariapda saiz bilik tidur mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...