Pelakon terkenal Emma Maembong mendedahkan bahawa hubungan antara dirinya dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, masih kekal baik meskipun mereka sudah berpisah.
Menurut Emma, mereka tidak menyimpan sebarang perasaan dendam kerana menyedari bahawa kegagalan rumah tangga mereka adalah hasil daripada masalah bersama yang telah diselesaikan secara matang.
Hubungan kami memang baik sebab tak ada apa yang nak berdendam. Saya dan bekas suami tahu, perkahwinan kami gagal, kami yang ada masalah tapi benda itu dapat diselesaikan.
Emma juga menegaskan bahawa dia tidak gemar membuka aib atau berkongsi isu rumah tangga kepada umum kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan yang sukar dijangka.
Kalau di masa akan datang, kita dijodohkan semula, kita pun tak tahu. Jadi buat apa nak berdendam. Saya tak kisah soal jodoh ini sebab ada di mana-mana.
Contohnya bukan kita tak pernah tengok, ada sahaja pasangan berperang ‘kau salah’ buka aib, tapi dua tahun kemudian jodoh bertemu kembali.
Tambah Emma, lebih baik jika hal rumah tangga disimpan antara pasangan sahaja tanpa perlu diumumkan kepada umum.
Siapa salah siapa betul simpan, tak perlu cerita dekat semua orang. Itu masalah kita dan pasangan.
Untuk rekod, Emma dan Shazli berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Mereka telah disahkan bercerai dan tempoh idah selesai pada 7 Oktober tahun lalu, namun Emma memilih untuk tidak menghebohkan perkara itu kepada umum ketika ia berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.