Selepas tersebarnya video Dato Red merangkul pinggang beliau, pelakon Ruhainies memberitahu beliau ada menerima panggilan telefon daripada isteri kedua Dato Red iaitu penyanyi Adira.
Adira mahu Ruhainies menjelaskan apa yang sudah berlaku dan memahami keadaan Ruhainies pada waktu berkenaan.
Adira ada menghubungi saya pada malam kes ini dihebahkan. Dia bertanyakan dengan saya mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Saya memberi penerangan kepada Adira tentang cerita sebenar. Dia memahami apa yang terjadi dan tidak menyalahkan sesiapa.
Saya dan Adira tidak bermasam muka atau pun bergaduh. Dia pun belum memberikan apa-apa kenyataan kepada pihak media kerana mahu mendengar penjelasan saya terlebih dahulu. Saya merasakan yang Adira sangat profesional. Cara dia bercakap dengan saya pun adalah secara diplomasi dan tiada unsur marah-marah pun. Saya tidak bermasam muka dengan Adira.
Ruhanies sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya diperangkap oleh Dato Red. Namun, beliau kini tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan dan meletakkan sebarang kesalahan kepada mana-mana pihak.
Sebelum ini, saya ada memberikan kenyataan yang mungkin saya diperangkap oleh Datuk Red. Namun begitu, bila difikirkan semula, saya sendiri tak mahu menuduh Dao Red sebab saya sendiri tak tahu cerita sebenar di sebalik gambar tersebut.
Kalau satu pihak menyalahkan pihak lain, perkara tidak akan berhenti dan akan berlarutan. Saya ambil jalan tengah untuk kedua belah pihak. Perkara sudah pun terjadi dan saya sendiri tidak mahu salahkan sesiapa.
Saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Dato Red.Hubungan yang terjalin antara saya dan Dato Red adalah atas dasar kerja.
Ruhanies juga akui beliau tidak rela untuk bermadu sekiranya ditakdirkan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Secara umumnya, saya tidak rela bermadu. Saya sendiri seorang yang kuat cemburu. Jadi kalau boleh, saya tidak mahu bercinta dengan suami orang.
Namun begitu, saya sendiri tak mahu bercakap besar kerana takut jodoh saya dengan suami orang. Tapi selagi saya boleh jauhkan, saya akan jauhkan.
Wanita mana yang sanggup hidup bermadu bukan? Ermm..mungkin apa yang dikatakan oleh Ruhainies itu betul. Tidak guna menyalahkan orang lain kerana masalah tidak akan selesai.Walaubagaimanapun, mungkin Ruhainies boleh katakan tidak kepada Dato Red saat lelaki itu merangkul pinggangnya meskipun ia mungkin akan menjejaskan sebarang kerjasama mereka. Tapi itu lebih baik daripada mengundang kontroversi dan fitnah.