Ruhainies Tiada Masalah Patuhi SOP Jurusolek Di Set Penggambaran

Hiburan

Ruhainies Tiada Masalah Patuhi SOP Jurusolek Di Set Penggambaran

Biarpun kerajaan telah membenarkan industri hiburan tempatan meneruskan penggambaran bermula Rabu depan, perkara itu disambut baik pelakon Ruhainies.

ruhainies

Advertisement

Akui terpaksa mengikuti segala peraturan yang ditetapkan termasuklah solekan di set penggambaran, pekara tersebut bukanlah penghalang buat dirinya meneruskan penggambaran yang tertangguh hampir tiga bulan.

Menurut adik kepada pelakon Risteena Munim ini, prosedur operasi standard (SOP) untuk solekan dan dandanan di lokasi penggambaran adalah tidak membimbangkan kerana beliau sudah biasa menggunakan peralatan mekap sendiri untuk merata rias wajahnya.

Tambah Ruhainies tetapan syarat yang dikeluarkan kerajaan bukanlah perkara yang membebankan, cuma dalam situasi ketika ini beliau dikhabarkan lebih berhati-hati sebelum ke lokasi penggambaran.

ruhainies

“Jadi saya akan teruskan amalan mekap asas siap-siap sebelum ke lokasi dan kalau perlu touch up daripada jurusolek, mereka boleh guna peralatan saya sendiri.”

Selain Ruhainies selaku heroin menerusi drama berjudul “Kanvas” yang akan disiarkan di saluran TV Okey, pelakon Adam lee, Datuk Eizlan Yusof, Ika Nabila dan Yuna Rahim juga antara yang akan menjalani penggambaran tersebut.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan mengenai SOP khusu buat pendandan rambut dan jurusolek yang perlu menatarias para pelakon.

Memakai pelindung muka, sarung tangan dan tidak berkongsi peralatan dandanan antara pelakon merupakan arahan yang wajib dipatuhi oleh jurusolek tersebut.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...