Written by Bella | May 2nd, 2017

Pelakon Ruhainies dan Azrel Ismail sering dikaitkan dengan gosip percintaan, namun Ruhainies tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai hubungannya dengan Azrel meskipun jejak tersebut pernah memberitahu beliau sayangkan Ruhainies.

Baru-baru ini, Azrel telah tampil membuat kenyataan bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan. Mendengar berita tersebut, Ruhainies akui beliau agak sakit hati. Eh kata tiada apa-apa hubungan, kenapa pula hendak rasa begitu bukan?

Tunggu dulu, rasa sakit hati Ruhainies sebenarnya kerana Azrel tidak memberitahu beliau berita gembira tersebut sedangkan mereka berdua berkawan baik.

Sakit hati juga bila dapat tahu Azrel sudah ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan tanpa memberitahu saya. Mana tidaknya, saya kawan baik dia tapi tak nak kongsi berita gembira ini.

Saya ada hubungi dia dan bertanya siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isterinya. Sebagai kawan yang rapat dengan dia, sudah semestinya saya akan teruja kalau dia betul-betul sudah ada kekasih.

Ruhainies mendoakan Azrel bertemu jodoh sesuai  walaupun sebelum ini Ruhainies ada mengeluarkan kenyataan beliau tidak menolak jika jodohnya bersama pelakon lelaki itu.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE 

Comments are closed.