Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya.
Namun, sehingga hari ini Ruhainies masih lagi berahsia mengenai identiti sebenar dan enggan mendedahkan wajah kekasihnya itu walaupun mereka sudah hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
Meskipun tidak pernah mendedahkan siapa Mr E, ramai juga wanita miang yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya di media sosial. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia mereka tidak pernah berbalah mengenai perkara itu kerana saling percaya antara satu sama lain.
Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.
Ada orang kata teman lelaki saya digoda wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digoda jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak.
Advertisement
Dalam bercinta kita harus jujur dengan pasangan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Apa-apa pun, semoga Ruhainies dan kekasih terus bahagia serta hubungan mereka kekal sehingga ke jenjang pelamin.

Alia
September 13, 2019 at 12:35 pm
Dok asyik puji bf dia ….mcm bagus sngt .aku jumpa kat luar dia bukan lawa…harap.kulit jer putih.badan kurus kering…. tak hairan pun sape bf kau …tak payah la nk canang berlakun pun suamw kuku ja
Minah
September 13, 2019 at 9:52 am
Dia ni potong bawang pun x reti, tgk dlm satu program masakan bsama cheff lelaki, cheff tu pun gelakkan dia, wat malu ja la .. aku lbih suka kakak dia, biasa2 ja.. cantik pun cantik, x mcm dia ni promote diri.
jurgen klopp
September 13, 2019 at 9:19 am
yg si laki tu takde perempuan lain ke nak buat awek?
Me
September 12, 2019 at 9:56 pm
Mungkin menang dgn godaan wanita. Tapi berhati hati dgn godaan setan dik…g pesan kat boperen tu..heeee…tata