Ruhainies Percaya Teman Lelaki Tahan Godaan Wanita Miang

Hiburan

Ruhainies Percaya Teman Lelaki Tahan Godaan Wanita Miang

Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya.

ruhainies

Advertisement

Namun, sehingga hari ini Ruhainies masih lagi berahsia mengenai identiti sebenar dan enggan mendedahkan wajah kekasihnya itu walaupun mereka sudah hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Meskipun tidak pernah mendedahkan siapa Mr E, ramai juga wanita miang yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya di media sosial. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia mereka tidak pernah berbalah mengenai perkara itu kerana saling percaya antara satu sama lain.

kekasih ruhainies

Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.

Ada orang kata teman lelaki saya digoda wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digoda jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak.

kekasih ruhainies Dalam bercinta kita harus jujur dengan pasangan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Apa-apa pun, semoga Ruhainies dan kekasih terus bahagia serta hubungan mereka kekal sehingga ke jenjang pelamin.

Sumbe Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...