September 18th, 2018

Baru-baru ini sebuah portal hiburan melaporkan pelakon Ruhainies bakal berkahwin dalam masa terdekat bersama seorang ahli perniagaan menetap di London. Katanya Ruhainies sudah lama mengenali jejaka tersebut tetapi baru sekarang pintu hatinya terbuka untuk bercinta.

Walaubagaimanapun, berita itu tidak benar sama sekali. Ruhainies menerusi Insta Stories memberitahu beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menamatkan zaman bujang.

Advertisement

Hanya ingin menjelaskan keadaan yang sebenar, Ruhainies pada masa yang sama meminta maaf terlebih dahulu jika kata-kata serta tegurannya itu melukakan hati mana-mana pihak.

Terdahulu, Ruhainies menerusi sebuah akhbar tempatan hanya memberitahu beliau masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan seorang ahli perniagaan menetap di London dan memiliki tiga cawan butik terkenal di tanah air. Buat masa ini, Ruhainies mahu memberikan fokus pada kariernya dan tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

12 responses to “Ruhainies Nafi Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan”

  1. Anonymous says:

    Jgn beri dia berlakon lagi bakal bini org kaya London.. ada 3 cawan ……

  2. pakatanbawang says:

    time taip citer ni dia da x tahan nak terberak sgt..

  3. Cik_Melah says:

    Dia ni memang takde cerita lain. Asyik cerita gosip dgn jantan “kaya” je kononnya. Kalau betul kahwin jela pastu boleh ikut laki kau ke london tu ha. Setakat pelakon sendu mcm dia ni, kalau takde pun tak jejaskan industri hiburan kat malaysia!

    • Anonymous says:

      dia tak jaja pun… yg duk buat gosip wartawan tu cari bahan kan nnti bonus takde plak bos complaint jer… ko ni pun jgn nmpk sgt baru belajar membawang

  4. Anonymous says:

    ok lah tu jerung besar… ctdk famous kaya pun mcm cari yg kaya jgk.. laki org pun bole janji tua hidup senang

Loading...