September 18th, 2018

Baru-baru ini sebuah portal hiburan melaporkan pelakon Ruhainies bakal berkahwin dalam masa terdekat bersama seorang ahli perniagaan menetap di London. Katanya Ruhainies sudah lama mengenali jejaka tersebut tetapi baru sekarang pintu hatinya terbuka untuk bercinta.

Walaubagaimanapun, berita itu tidak benar sama sekali. Ruhainies menerusi Insta Stories memberitahu beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menamatkan zaman bujang.

Hanya ingin menjelaskan keadaan yang sebenar, Ruhainies pada masa yang sama meminta maaf terlebih dahulu jika kata-kata serta tegurannya itu melukakan hati mana-mana pihak.

Terdahulu, Ruhainies menerusi sebuah akhbar tempatan hanya memberitahu beliau masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan seorang ahli perniagaan menetap di London dan memiliki tiga cawan butik terkenal di tanah air. Buat masa ini, Ruhainies mahu memberikan fokus pada kariernya dan tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Sumber Berita : mStar Online


12 responses to “Ruhainies Nafi Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan”

  1. mak cute says:

    dato lori sayur ke…? artis target yg dato2…janji idop senang…

  2. Anonymous says:

    Wow Kaya mamat tu ada “3 cawan” butik kat London..hihi
    Tahniah anis kalau betul..

    • Anonymous says:

      Bangla / pakistan yg kt sini pun ada byk cwngn kedai contoh.mcm kt dlm pasaraya Giant2..Tesco2..tumpg lot2 yg kecil..inipun di panggil businessmn.
      Sama jugklh mcm ” bakal ” suami ko ke…kt London2.
      Ehhh..x heran lh..

  3. kakikucinghitam says:

    wowww big fish.. siapakahhh fish ituu

  4. Anonymous says:

    artis dgn lelaki kaya berpisah tiada hurmm

  5. lopes says:

    boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!
    x abis2.. blakon pun kelaut…
    bley la di speedo ko sampai tua khennn…

Loading...