Ruhainies Nafi Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan

Hiburan

Ruhainies Nafi Bakal Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan

Baru-baru ini sebuah portal hiburan melaporkan pelakon Ruhainies bakal berkahwin dalam masa terdekat bersama seorang ahli perniagaan menetap di London. Katanya Ruhainies sudah lama mengenali jejaka tersebut tetapi baru sekarang pintu hatinya terbuka untuk bercinta.

Advertisement

Walaubagaimanapun, berita itu tidak benar sama sekali. Ruhainies menerusi Insta Stories memberitahu beliau sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menamatkan zaman bujang.

Hanya ingin menjelaskan keadaan yang sebenar, Ruhainies pada masa yang sama meminta maaf terlebih dahulu jika kata-kata serta tegurannya itu melukakan hati mana-mana pihak.

Terdahulu, Ruhainies menerusi sebuah akhbar tempatan hanya memberitahu beliau masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan seorang ahli perniagaan menetap di London dan memiliki tiga cawan butik terkenal di tanah air. Buat masa ini, Ruhainies mahu memberikan fokus pada kariernya dan tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...