Ruhainies Mahu Kurangkan Bercakap Tentang Kekasih

Hiburan

Ruhainies Mahu Kurangkan Bercakap Tentang Kekasih

Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya.

ruhainies

Advertisement

Namun, tidak dinafikan ada yang sudah mula bosan dan melabelkan Ruhainies sebagai artis yang hanya dikenali dengan kisah percintaannya sahaja.

Menyedari hanya kisah cintanya sahaja yang diperkatakan sejak kebelakangan ini, Ruhainies berkata selepas ini dia akan kurang bercakap mengenai hal peribadinya.  Jelas pelakon wanita itu, dia tidak pernah berniat menjaja kisah cintanya tetapi hanya menjawab persoalan daripada pihak media.

ruhainies dan kekasih

Kalau boleh, saya nak kurangkan bercakap mengenai soal peribadi. Selepas ini, saya mahu lebihkan bercakap soal karier. Sejujurnya, saya sedar kisah hubungan cinta saya lebih diperkatakan berbanding cerita berkaitan kerjaya.

Bila orang tanya saya mengenai kisah peribadi, terutamanya pihak wartawan, memang saya akan jawab. Bukan saya yang cari, mereka yang bertanya. Saya hanya menjawab dan faham dengan niat mereka. Tetapi, jika ada netizen yang bertanya di laman sosial, memang saya tak ‘reply’ persoalan mereka.

ruhainiesSoal cinta ini, pada mulanya memang ramai yang akan rasa ‘sweet’ bila dengar saat romantik Ruhainies dan kekasih, tetapi  lama-kelamaan ianya akan membosankan. Bagus sebenarnya tindakan Ruhainies ini, sebelum lebih ramai yang menyampah, lebih baik dia fokus dengan kariernya sahaja.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...