Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ruhainies Keluar Duit Simpanan Bantu Peminat Hadapi Kesusahan Hidup Akibat PKP

ruhainies keluar duit simpanan bantu peminat

Tidak dinafikan, ramai yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung kehidupan keluarga.

ruhainies keluar duit simpanan bantu peminat

Advertisement

Terkesan melihat ramai yang hidup susah, pelakon Ruhainies turut tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Membantu dengan seikhlas hati, dia sanggup mengeluarkan duit simpanannya sendiri untuk memberi sumbangan kepada saudara-mara dan peminatnya yang menghadapi kesusahan terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

ruhainies keluar duit simpanan bantu peminat

Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan fikir kita hanya nak menunjuk-nunjuk, jadi saya rasa lebih baik bagi secara diam-diam.

Awalnya saya terima banyak Whatsapp dari kawan-kawan dan peminat di Instagram yang bercerita mengenai kesempitan hidup mereka sepanjang PKP ini, bila saya semak memang mereka memerlukan.

ruhainies keluar duit simpanan bantu peminat

Saya dahulukan orang yang rapat seperti keluarga, adik beradik, saudara-mara dan peminat yang sentiasa menyokong saya sejak dahulu. Tak mahulah kita sibuk bantu orang jauh, rupanya orang yang dekat dengan kita masih belum dibantu.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia mempunyai keinginan untuk turun padang memberikan bantuan kepada masyarakat dan peminat yang memerlukan. Namun, dia terpaksa melupakan hasrat itu kerana enggan mengambil risiko membabitkan kesihatan ibu bapanya yang ada di rumah.

ruhainies teman lelaki

Sebenarnya saya nak sangat turun padang hantar bantuan kepada peminat yang memerlukan tapi memandang risiko yang ada, jadi saya memilih untuk buat pindahan (transfer) wang sahaja.

Sambil duduk rumah pun saya boleh bantu, antaranya buat review perniagaan peminat di Instagram secara percuma, sekurang-kurangnya dapat membantu menjana pendapatan mereka diwaktu sukar begini.

Advertisement

Betapa murahnya hati Ruhainies yang memberikan sumbangan peribadi kepada mereka yang memerlukan. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Zack

    May 11, 2020 at 8:41 am

    Geli betol le minah sekor ni, macam le pemes beno. Nak panggil jadi guest artis pon demand 5k, last last kene reject, macam le pemes sangat

  2. ngorok ngorok

    May 4, 2020 at 8:39 am

    dia pun nak claim…..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top