Ruhainies Dikecam Netizen Lepas ‘Repost’ Hantaran Didakwa Sindir Bella Astillah – “Konon Paling Tersakiti”

Hiburan

Ruhainies Dikecam Netizen Lepas ‘Repost’ Hantaran Didakwa Sindir Bella Astillah – “Konon Paling Tersakiti”

Nama pelakon, Ruhainies kembali menjadi perhatian di media sosial selepas tindakannya menyiar semula (repost) satu hantaran netizen di Threads mengundang kecaman ramai.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas dilihat memuat naik semula satu hantaran yang didakwa seolah-olah menyindir penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Advertisement

Ruhainies

Hantaran tersebut dipercayai berkait dengan kontroversi terdahulu melibatkan Bella, bekas suaminya Aliff Aziz serta Ruhainies sendiri.

“Kesian tengok yang seratus peratus percaya seseorang tu jauh lebih baik dari bekas suami dia.”

“Padahal 2 x 5 je lol ytjt.” – hantaran pengguna Threads yang di-repost oleh Ruhainies.

Tindakan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Ruhainies dilihat telah memadam semula repost tersebut. Namun, perkara itu sudah pun mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakannya.

Antara reaksi netizen:

“Dia punya repost tu macam kena kat diri dia. Dia acah mangsa tapi sebaliknya dia yang membabikan diri dia sendiri.”

“Terbukti hati dia sakit lagi sebenarnya tu, dia tak sangka Bella akan sepopular ini…”

“Bella bersahabat dengan niat ikhlas, tapi Ruhanat berniat jahat dalam diam…”

Dalam masa sama, isu ini kembali menghangatkan kontroversi lama yang melibatkan ketiga-tiga individu tersebut.

Terdahulu, Bella Astillah dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Perceraian itu berlaku selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies di Pavilion Suites pada 9 Mac 2024.

Untuk rekod, Bella kini dilaporkan baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, pada Sabtu lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-30 10:42:03

“Play Victim Pulak Diorang Ni ” – Netizen Kecam Tindakan Ibu Aliff Aziz 'Tutup' Wajah Bella Astillah Dalam Foto Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...