Ruhainies Buka Mulut, Perjelas Spekulasi Bakal Tamat Zaman Bujang – “Saya Memang Nak Kahwin Tapi…”

Hiburan

Ruhainies Buka Mulut, Perjelas Spekulasi Bakal Tamat Zaman Bujang – “Saya Memang Nak Kahwin Tapi…”

Baru-baru ini, timbul spekulasi aktres Ruhainies bakal mendirikan rumah tangga selepas teaser video baju pengantin daripada pereka fesyen terkenal, FiziWoo tular di media sosial.

Tuan empunya badan, Ruhainies akhirnya bersuara dan tampil menjelaskan tentang berita dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Advertisement

ruhainies
1 year ago

"RuhainiesSayIDo.." - Teruja 'Fitting' Baju Kahwin, Ruhainies Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Kata aktres berusia 31 tahun itu, ia bukanlah gimik seperti dikatakan sesetengah pihak sebaliknya adalah kempen pengantin daripada FiziWoo di mana dia telah dilantik sebagai duta.

Memang gunakan tema #SayIDo. Jadi memang #RuhainiesSayIDo. Itu bukan perancangan kami pada mulanya, kami tak jangka perkara ini akan jadi tular. Sebab kita promosikan kempen pengantin.

Ujar Ruhainies, dia sendiri menghubungi Fizi dan memaklumkan bahawa ramai orang menyangka dia akan berkahwin kerana video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Bukan itu sahaja, Ruhainies berkata dia turut mendapat mesej daripada rakan artis yang bertanya mengapa mereka tidak mendapat jemputan majlis perkahwinannya.

Saya beritahu mereka (rakan artis) saya hanya sekadar duta. Rupanya ramai yang percaya (akan kahwin). Saya tak jangka sebenarnya tetapi saya bersyukur sebab nak ambil berkat dan aura itu sendiri.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Risteena itu turut akui mahu berkahwin namun enggan mengikut orang sekeliling sebaliknya akan mendirikan rumah tangga apabila sudah bersedia.

Saya memang nak kahwin tapi bukanlah terdesak sangat. Sekarang ni saya terlalu selesa dengan karier saya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : XTRA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...