June 15th, 2016

Sudah beberapa kali bergandingan bersama, ada sesetengah pihak mendakwa wujudnya cinta lokasi antara dua orang pelakon baharu iaitu Ruhainies dan Azrel Ismail. Jika anda tertanya siapakah Azrel, beliau terkenal menerusi watak Dr Haris didalam drama Syurga Nur lakonan bersama Janna Nick.

Berbalik pada gosip cinta berkenaan, katanya Ruhainies dan Azrel mula rapat sejak setahun yang lalu dan mereka berdua kelihatan akrab dan mesra bersama.

Namun, Ruhainies menerusi portal BH ONLINE menjelaskan berita itu tidak benar dan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Cerita kami bercinta tidak benar sama sekali kerana kami hanya rapat sebagai kawan baik. Sejak dipertemukan dalam drama Si Montel, kami kerap bertanya khabar atau berkongsi cerita menerusi telefon. Memang tidak berjumpa pun kerana masing-masing sibuk. Sebenarnya kami memang serasi berkawan apatah lagi Azrel banyak pengalaman yang boleh dikongsikan.

Malah, Ruhainies menyifatkan Azrel sebagai seorang kawan yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Azrel juga seorang yang periang dan tidak mudah untuk marah.

Dia kawan yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan membuatkan saya menyenanginya. Soal lebih daripada kawan itu memang saya tidak pernah terfikir langsung.

Azrel seorang yang periang dan jarang menunjukkan marah walaupun berdepan situasi kurang menyenangkan. Kesabarannya membuatkan saya cukup hormat padanya.

Setiap percintaan pasti bermula daripada persahabatan, tiada siapa tahu siapakah jodoh kita yang sebenar. Kalau mereka berdua bercinta pun agak sesuai sebenarnya. Azrel pun ada rupa dan ada yang samakan beliau dengan aktor Remy Ishak lagi.. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

 photo 1_1.png

Hari ni Abang Nara nak introduce kat korang superhero terbaru! Name die InvestMan!!

Kalau korang nak tau InvestMan ni ada kaitan dgn seminar InvestSmart yang Abang Nara pernah post dulu. Die bersedia tolong korang utk jadi pelabur bijak dlm saham dan unit amanah! Dia berjuang di pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC. Die takde kene mengene dengan pengawal keselamatan tau, So.. sape SC ni?. SC ni fungsi dia mengawal selia peserta pasaran modal di Malaysia contohnye bank pelaburan, syarikat broker saham dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Selain tu SC mengawal selia perkara berhubung dengan sekuriti, derivatif, unit amanah dan bon. Bukan James Bond
tau!

Berbalik kepada InvestSmart. Laman web InvestSmart ni SC buat untuk mengexposekan korang tentang pelaburan bijak, supaya korang tau macam mana nak melabur especially dalam saham dan unit amanah. Selain tu dorang juga akan share teknik memilih pelaburan yang sesuai dengan korang.

Bukan tu je.. yang paling win.. InvestSmart ada menganjurkan seminar PERCUMA.. Sesiape pun boleh join, yang noob pasal saham pun boleh mula belajar, unit amanah pun ada, siap dapat sijil dan cenderahati lagi€¦ eh lupe pulak, seminar ni diadakan di seluruh Malaysia tau termasuk Sabah dan Sarawak!

Haa, dengar je PERCUMA mesti laju je korang nak tahu dengan lebih lanjut kan? Don€™t worry, meh Abang Nara tunjukkan cara die. Senang je, Like FB €œInvestSmart SC€, lepas tu call 03-62048127 atau layari www.investsmartsc.my untuk mendapatkan macam-macam maklumat tentang pelaburan bijak!

Bukan nak cakap ape la, retis pun ada post pasal InvestMan ni kat IG dorang. Check out IG dorang:
Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abam Aaron Aziz dan Elfira Loy.


Comments are closed.

Loading...