Ruhainies Akui Pemain JDT Safawi Rashid Ada Hantar Bunga

Hiburan

Ruhainies Akui Pemain JDT Safawi Rashid Ada Hantar Bunga

Amboi, amboi, amboi. Semakin mekar nampaknya hubungan di antara pelakon jelita, Ruhainies dan pemain bolasepak JDT, Safawi Rashid ini. Mana tidaknya, Ruhainies mengakui ada menerima bunga daripada ‘kawan’nya itu. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk Safawi memikat hati Ruhainies? Jarang seorang lelaki memberikan bunga tanpa cinta yang telah berkuntum di taman hati. Amboi, amboi, amboi. Jiwang pulak tetiba hari ini.

ruhainies safawi

Advertisement

Namun Safawi nampaknya harus meningkatkan lagi usaha untuk memenangi hati Ruhainies kerana pelakon itu masih menganggap hubungan mereka sekadar kawan. Biasalah awal-awal kan. Perempuan kenalah jual mahal sikit. Barulah boleh tahu sama ada lelaki itu bersungguh-sungguh nakkan kita atau sekadar main-main sahaja.

Kata Ruhainies:-

Saya ingin tegaskan yang hubungan kami sememangkan tidak lebih daripada kawan. Saya mengenali dia melalui pembantu peribadi saya. Memang betul dia ada hantar bunga tapi sejujurnya hubungan kami setakat itu sahaja. Tak pernah terfikir nak lebih daripada itu.

Tambahan pula sekarang ini saya sibuk dengan lakonan dan baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan. Saya bimbang juga kalau gosip itu mengganggu prestasi dia. Tapi saya harap dia tidak ambil kisah dan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Kalau boleh saya nak lelaki yang pendiam, matang dalam berfikir, memahami cara kerja saya dan tidak terlalu mudah bergaul dengan wanita lain.

ruhainies safawi

Sekali pandang, memang Ruhainies dan Safawi tampak sama cantik sama padan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kalau dah jodoh, tak ke mana kan? Semoga perhubungan ini akan bertukar daripada ‘kawan’ kepada ‘sayang’ satu masa kelak. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

47 Comments

  1. Anonymous

    July 20, 2018 at 10:52 pm

    she is rubbish..what i know she has nothing to be proud..damn

  2. Anonymous

    July 20, 2018 at 3:44 pm

    spender pon mak basuh lg, nk jadi playboy…bina la karier tu dulu…xpadan ngan kecik

  3. Anonymous

    July 20, 2018 at 1:56 pm

    Safawi ni, “playboy” wannabe. Ramai perempuan yang cantik dan dahi licin dekat Instagram dia dah “try” nak masuk line. Sejak dia main untuk Terengganu lagi memang miang, dah masuk JDT lagi la bertambah miang. So, kalau setakat nak try Ruhainis ni… memang tak hairan lar…

  4. ena

    July 20, 2018 at 12:52 pm

    pasal tu malaysia xleh masuk world cup..pemain2 die sebok kejar retis2 jer…

  5. damai

    July 20, 2018 at 11:41 am

    lama menghilang, no drama tiba2 up cerita begini

Loading...