Ruhainies Akui Pemain JDT Safawi Rashid Ada Hantar Bunga

Hiburan

Ruhainies Akui Pemain JDT Safawi Rashid Ada Hantar Bunga

Amboi, amboi, amboi. Semakin mekar nampaknya hubungan di antara pelakon jelita, Ruhainies dan pemain bolasepak JDT, Safawi Rashid ini. Mana tidaknya, Ruhainies mengakui ada menerima bunga daripada ‘kawan’nya itu. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk Safawi memikat hati Ruhainies? Jarang seorang lelaki memberikan bunga tanpa cinta yang telah berkuntum di taman hati. Amboi, amboi, amboi. Jiwang pulak tetiba hari ini.

ruhainies safawi

Advertisement

Namun Safawi nampaknya harus meningkatkan lagi usaha untuk memenangi hati Ruhainies kerana pelakon itu masih menganggap hubungan mereka sekadar kawan. Biasalah awal-awal kan. Perempuan kenalah jual mahal sikit. Barulah boleh tahu sama ada lelaki itu bersungguh-sungguh nakkan kita atau sekadar main-main sahaja.

Kata Ruhainies:-

Saya ingin tegaskan yang hubungan kami sememangkan tidak lebih daripada kawan. Saya mengenali dia melalui pembantu peribadi saya. Memang betul dia ada hantar bunga tapi sejujurnya hubungan kami setakat itu sahaja. Tak pernah terfikir nak lebih daripada itu.

Tambahan pula sekarang ini saya sibuk dengan lakonan dan baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan. Saya bimbang juga kalau gosip itu mengganggu prestasi dia. Tapi saya harap dia tidak ambil kisah dan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Kalau boleh saya nak lelaki yang pendiam, matang dalam berfikir, memahami cara kerja saya dan tidak terlalu mudah bergaul dengan wanita lain.

ruhainies safawi

Sekali pandang, memang Ruhainies dan Safawi tampak sama cantik sama padan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kalau dah jodoh, tak ke mana kan? Semoga perhubungan ini akan bertukar daripada ‘kawan’ kepada ‘sayang’ satu masa kelak. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

47 Comments

  1. Anonymous

    July 20, 2018 at 10:11 am

    lantak lah asalkan ruhainies tak gedik laki korang sudeh!!!
    stress aku dgn Shah dlm JanganBenciCintaku.. dah elok2 dpt bini mcm Fika

    • Fikacut

      July 20, 2018 at 10:49 am

      betul tu…aku pun stress tengok si Shah tu. hati masih sayang sgat kat Fika tpi mgenang kan peristiwa 5 thun lepas …si Husna tu kira b’nasib baik lah dpt wife boyren mcam Fika tu….klau x mau kena ganyang cukup2 bla jumpa kat luar…tambah2 tengok last Episod 15…huwaaaaaa

    • Anonymous

      July 20, 2018 at 1:37 pm

      oiiii sakit hati aku… dah lah bercinta dgn laki org bole panggil fika ‘perempuan tu’ pastu nak soh shah ceraikan fika.. bagus irwan tegur dia ada nama Rafeeqa Huda.. aku harap takjadi nak kawin dgn husna sondol tu…
      * yg penting sume pelakon best2..

  2. maya

    July 20, 2018 at 9:13 am

    nak sambung sikit..
    sama lah macam kes Ruhainies ni dulu dengan Dato RED,
    sama ada di bayar utk menaikkan gossip murahan..
    ataupun memang terpaksa kena keluar dengan i utk dapat job itu ini..
    or alasan lain im not sure sebab Ruhainies ni pun takkan bodoh sangat nak keluar dengan Dato Gatal berbini 2 tu kan..
    so ada lah sebab2 nya..

  3. maya

    July 20, 2018 at 9:09 am

    https://www.thetalko.com/16-dark-secrets-hollywood-doesnt-want-you-to-know/

    HURM, mak jemah nak share je macam mana realiti kehidupan utk menjadi famous di Hollywood..
    Dark secrets at Hollywood..
    Berbalik kepada cerita si Raja Ilya yang tak jadi terima pun mungkin ada laa sebabnya.. kalau buka link cuba tengok no 12, ‘my career will be ruined if i did not blow**b him’
    maknanya korang kena berkorban maruah diri utk dapatkan sesuatu..
    HURM, itu baru kt Hollywood, tapi i bet dekat Malaysia pun ada juga benda2 mcm ni, tapi takde yg berani bukak citer atau kalau diceritakan pun, kita yg akan kena, dan mungkin akan dibayar utk memanipulasikan cerita yg mengatakan kita saja buat cerita..
    see..
    nak jadi retis bukan senang, ada org suka amik kesempatan..
    kalau nak jadi retis , pengarah Michael Ang, mungkin takkan kena sexual harassment rasanya, kikiki..
    apa2 pun, just nak share.. yaaa
    – mangsa

  4. THEBEAST

    July 20, 2018 at 8:02 am

    Tak habis2 nak dating dgn artis. Masak career lu. Da la main bola mcm haram. Bagos lg budak2 kampong main bola. Inilah punca kenapa bola sepak negara semakin teruk prestasi.

    • Anonymous

      July 20, 2018 at 9:09 am

      pemain bola sekarang memang taste retis ye…..retis low class jerlah…kalau kasta tinggi cam neelofa ngan fazura sah kena rejek.

    • wekkkkkkk

      July 20, 2018 at 11:31 am

      ISLAM MANA ADA KASTA…JGN IKUT MCM BUDAYA DN AMALAN ORG BENUA DI SEBELAH AFRICA TU YE.

  5. THEBEAST

    July 20, 2018 at 7:58 am

    Tak payah la lu sebok nak dating dgn artis..Habis career bola sepak lu..Sikit2 nak dating artis, pastu main bola mcm haram..Sudah2 la tu..