Amboi, amboi, amboi. Semakin mekar nampaknya hubungan di antara pelakon jelita, Ruhainies dan pemain bolasepak JDT, Safawi Rashid ini. Mana tidaknya, Ruhainies mengakui ada menerima bunga daripada ‘kawan’nya itu. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk Safawi memikat hati Ruhainies? Jarang seorang lelaki memberikan bunga tanpa cinta yang telah berkuntum di taman hati. Amboi, amboi, amboi. Jiwang pulak tetiba hari ini.
Namun Safawi nampaknya harus meningkatkan lagi usaha untuk memenangi hati Ruhainies kerana pelakon itu masih menganggap hubungan mereka sekadar kawan. Biasalah awal-awal kan. Perempuan kenalah jual mahal sikit. Barulah boleh tahu sama ada lelaki itu bersungguh-sungguh nakkan kita atau sekadar main-main sahaja.
Kata Ruhainies:-
Saya ingin tegaskan yang hubungan kami sememangkan tidak lebih daripada kawan. Saya mengenali dia melalui pembantu peribadi saya. Memang betul dia ada hantar bunga tapi sejujurnya hubungan kami setakat itu sahaja. Tak pernah terfikir nak lebih daripada itu.
Tambahan pula sekarang ini saya sibuk dengan lakonan dan baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan. Saya bimbang juga kalau gosip itu mengganggu prestasi dia. Tapi saya harap dia tidak ambil kisah dan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan.
Kalau boleh saya nak lelaki yang pendiam, matang dalam berfikir, memahami cara kerja saya dan tidak terlalu mudah bergaul dengan wanita lain.
Sekali pandang, memang Ruhainies dan Safawi tampak sama cantik sama padan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Kalau dah jodoh, tak ke mana kan? Semoga perhubungan ini akan bertukar daripada ‘kawan’ kepada ‘sayang’ satu masa kelak. Sumber Mstar Online.