Sering digosipkan bercinta dengan pelakon dan suami orang, ada pihak yang mula melabelkan Ruhainies seorang ‘playgirl’.
Pernah dikatakan bercinta dengan Azrel Ismail kini Ruhainies dikaitkan pula dengan seorang pelakon baru, Asyraf Aley.
Ruhaines tidak menafikan sifatnya yang peramah dan mudah mesra dengan pelakon-pelakon lelaki di set penggambaran adalah salah satu sebab beliau dilabel sebegitu. Sejujurnya, Ruhainies tidak ada masa untuk bercinta kerana sibuk dengan kerjayanya.
Saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana pelakon. Sebelum ini orang gosipkan saya dengan Azrel Ismail, sekarang Asyraf Aley pula.
Sejujurnya saya masih solo dan tidak mahu memberi fokus kepada cinta. Lagipun jadual saya padat, mana ada masa nak bercinta.
Bersabarlah Ruhainies, biasalah tu tidak semua orang suka bila seseorang itu peramah dan mudah mesra dengan lelaki. Wanita cantik ini memang banyak dugaannya lebih-lebih lagi bila bergelar selebriti.